21st eh?

(singing birthday song)

Assalamualaikum n hai everyone”

For those yang rasa hari-hari dia kelabu, be thankful kay. InnshaAllah, better days are coming to you 🙂

So, this entry punya tajuk ada nombor laahhh wahhh!! (laughing while typing) hahaha”

Yeah, 9th January 1997. Happy 21st, dear diri sendiri 🙂

Makanya entry nih, hanya nak cerita pasal diri aku je (heh takdelah) – sambung baca.

Untuk entry kali nih aku nak share tentang satu cara, macam mana seketul manusia akan sentiasa bersemangat untuk jadi lebih lebih baik dari diri dia yang sebelumnya. Since aku dah jejak angka above 20, makanya yes, wajib, afdhal, perlu dan sangatlah suggested untuk seketul aku berubah dan berhijrah ke arah yang lebih extra baik !

Caranya? – adalah dengan sentiasa ingat mati”

Ehm, okay tenang rakan-rakan” Ingat mati nih bukan benda yang menakutkan sebenarnya, tapi benda yang boleh bagi booster dalam hidup kau” (uishhh)

Sebagai contoh, kita tersedar dari tidur dalam pukul 3 pagi, then diberi pilihan antara kita tidur balik atau bangun tahajud ; agak-agak kita pilih yang mana?

Ehm andai jawapan kau adalah bangun tahajud makanya, tahniah aku ucapkan” Tapi kalau kau memilih untuk tidur balik macam aku, makanya marilah kita bersama-samalah ingat akan kematian” Sebab bilamana kau ingat akan kematian, innshaAllah semangat nak buat kebaikan tuh akan bertambah tambah tambah dan sejujurnya lifestyle hidup kau pun akan berubah 360 darjah.

Jadinya, bila kita semua ingat akan kematian. InshaAllah, secara tak langsung, banyak masa yang kita takkan bazirkan, banyak benda yang kita akan buat dengan bersungguh-sungguh, banyak perkataan yang baik2 kita akan sebut, banyak amar makruf yang kita akan buat dan kita takkan ada masa nak ngumpat dan pandang kesalahan orang lain melainkan istighfar dan muhasabah ke atas kesalahan dan kesilapan diri sendiri.

Dalam hidup nih, kita takkan pernah terlepas dari buat kesalahan, then bilamana kita nak bertaubat atau duduk sat after solat tuk muhasabah; amik la,,, at least 2 minit untuk bayangkan yang kalaulah aku mati hari ni, ada tak aku sedia? Dan ingat jadikan dengan mengingati mati nih, sebagai satu booster untuk hidup kau” Booster dalam menjadi manusia yang lebih lebih baik” Mati itu pasti, dan kau takkan tahu saat yang keberapa lagi kau dibenarkan untuk bernafas”

Makanya untuk angka 21 nih, satu benda je yang aku harapkan dari hidup aku” Iaitu menjadi manusia yang sentiasa ingat akan mati, dan menjadikan peringatan kematian tuh sebagai booster dalam kehidupan aku” – ingat tuh booster “

Since aku dilahirkan sebagai manusia yang hidup, setiap yang hidup itu pasti akan dimatikan” Moga Allah permudah jalan hidup aku dan jalan hidup kalian”

Maaflah kalian, aku bukan si penaip yang baik sbenarnya, sebab tuh entry aku bnyak ynag pendek-pendek je” Moga yang pendek itu, bermanfaat buat kalian kay”

Dan sejujurnya, kalau ada apape teguran atau nasehat atau apapelah yang kalian nak habaq mai kat aku, kalian boleh email aku tau – aiedanurul97@gmail.com

WaAllahua’lam. Thanks baca ehe.

wrdahbesi@wordpress.com
May Allah ease you.

 

 

 

 

 

Advertisements

Nafas Tahun Baru ; 2018

Assalamualaikum and hai kalian,

So, Happy 1st Jan 2018 yang bersamaan dengan 13 Rabiul Akhir 1439. As untuk aku, 2017 tuh alhamdulillah eventhough ujian 2017 tu sebenarnya boleh buat banjir gak satu taman bunga. But still Alhamdulillahh, nama pun manusia, mestilah diuji.

So nah la aku bagi kalendar masihi/ hijrah tuk 2018 sampai bulan April je kay

http://www.malaysiatercinta.com/2017/09/kalendar-islam-hijrah-2018m-1439-1440h.html
So here it is, Moga bermanfaat”

So, azam awal Muharam aku adalah nak jadi manusia yang lebih bermanfaat kepada orang lain, dan azam awal Jan 2018 aku adalah untuk jadi manusia yang lebih matang dan berilmu.

Dan harapnya , dipermudah innshaAllah. (btw azam tuk  birthday aku for this year  belum lagi kay) – nampak tak azam tu kalau boleh nak ada banyak”

Apapepun tuk tahun lepas (2017), aku belajar satu perkara yang aku rasa perlu tuk aku forward tuk tahun2 akan datang, which is “Sayangi Diri Kau Sendiri”..

Bukanlah smpai tak sayang orang lain, maksud aku; hanya kau sorang je yang act boleh terima kelemahan dan kekuatan diri kau seadanya; makanya stop rasa tak confident dgan diri sendiri, every  kelamahan tu sentiasa ada peluang tuk menjadi satu kehebatan. Positive dan sentiasa berlapang dada dalam everything yang kau buat 🙂

Dan for those yang sungguh baik dengan seketul aku pada tahun lepas (2017) :

Aku sangatlah mengalu alukan kebaikan anda pada tahun ini jugak, thanks wujud kalian, Fi hifzillah innshAllah.

Last but not least, aku harap kalian terus bersemangat dan positive dan productive for this year (2018). May Allah ease everything;

Screenshot (90)

Hope this little girl become most smartest, most hardworking, most sensible and responsible this year ! – (ni aku lah, takde gambar anak lagi, baru nak jejak 21st)

bai kalian, muah ❤

 

Don’t Judge

Assalamualaikum and hai everyone.

For those yang rasa hari-hari dia macam kelabu, innshaAllah better days are coming 🙂 Okay, so tajuk entry kali ni ada perkataan ‘Don’t’ = Jangan.

Ehm why this tajuk? – actually today’s world sangat suka judge orang lain smpai kadang2 menyakiti dan membunuh seseorang. Being hijabis kena judge, being freehair kena judge, being cantek kena judge, being cerdik kena judge even being pengemis dan being orang mintak sumbangan tuk rumah anak yatim punnnn kena judge dengan some public people.

wtfish.

Entah. aku pun tak faham expectation apa yang diorang guna, dan indikator apa yang diorang pakai. (diorang : public people, mungkin kau yang membaca jugak eh) Ingat Allah wujudkan semua orang tu perfect without any 1% flaw ke apa ?

Lagi satu, socmed nowadays” – dah macam satu tempat menghina dan mengkritik manusia dah” Yezza, ada orang dia gemuk dan ada confident level yang tinggi, tapi tak smua orang yang gemuk camtuh !

(Part ni aku kesian gila kot, sebab aku faham perasaan orang gemuk tapi alhamdulillah aku comel – tanda confident level aku tinggi)

So, untuk yang sedang membaca entry aku kali nih. Jadilah manusia yang ber ‘akal’, okay. Yang Maha judge tuh , Allah saw, yang cipta kau dan those manusia yang kau judge. Even orang yang kau judge tu adalah orang yang berzina ke apa ke, bukan hak kau tuk judge dia, kata dia masuk neraka bagai”. Allah know best, and innshaAllah ada cerita hidup dia yang bawa kebaikan kepada orang lain. Tugas kita doakan each other supaya nampak baik n perfect disisi Allah bukan disisi manusia. Kan mudah.

As a human, belajarlah untuk appreciate ramai orang dan bnyak benda. Bukan judge sesuka hati. Allah jadikan sesuatu perkara tuh bukanlah sia-sia, makanya kenapa kita nak mensia-siakan orang lain? Tak kesah la dia hodoh ke, dia ini ke itu ke, as long as dia ciptaan Allah, mesti ada hikmah dan ada manfaat si dia buat kau.

Did you think that We created youwithout any purpose, and that you will not be brought back to Us

And untuk manusia yang suka judge dan buat cerita. Aku doakan hidup kau diberkati dan diredhai Allah. Tak semua orang tahu real story dan real situation of other people, even family member kau pun belum tentu nak share everything ngan kau. Makanya, just doakan orang tuh agar dia dipermudahkan urusan hidup dan terpelihara dari kemurkaan Allah. Hidup ni bukan benda magic, satu masalah atau salah faham bukan boleh settle dengan satu solusi je, kadang2 sejuta solusi pun belum tentu dapat selesaikan satu masalah, cumanya usaha nak cari solusi tuh kena ada. Moga Allah permudah.

Being manusia yang suka judge manusia lain tak menjadikan kau manusia yang sentisa betul pun. Dan tak improve pun kelemahan diri kau. Makanya stop doing that kay.

I love you, people. But Allah love you more.

Love Allah and everyone kay 🙂

 

 

 

 

Waiting for A Life Partner…

5e25984e651e30d5244fb4fca1796f96

 

Wowwww the title is  sooooo extraaaa for me” – laughing while typing

So, actually aku ada tengok video latest “Aida Azlin” dekat facebook

– please la search eh rakan-rakan”

Dan tajuk video dia untuk baru-baru nih adalah itu (tajuk entry aku ni haaa)”

The tajuk is so extra and the pengisian plus cara penyampaian sangatlahhhh nice buat aku yang memang tengah tunggu life partner ni ha- eh hahhaha?

Apa agak2 ye yang menarik dalam pengisian dia?

As untuk aku , full video dia adalah superb menarik sebab ::;

tak cliche,

tak fairytale

tak so novel

dan sangatlah realistik;

Then share la sikit pengisian dia”

Okay ,, so video dia adalah ditujukan untuk those people yang yang waiting for their  forever life partner or aku boleh cakap “jodoh” smapai akhir nyawa.

Pengisian video dia ada macam tips la lebih kurang  untuk kau yang tgah single-mingle tuh; supaya kau tak terlampau risau smpai rasa loner forever dan buat kau macam tak tentu hala tunggu jodoh depan lampu isyarat ke apa”

So ini lah dia, listing yang innshaAllah bagi aku, boleh buat kau terinspirasi;

  1. Believe in Allah’s plan – Yeah, everyone punya love story,, Allah act dah atur lelawa dahh makanya for muslimah and girls out there, just believe yang Allah dah sediakan jodoh buat kau,, makanya tunggu dan lihat” (believe it and serius kau akan jadi lebih tenang)

  2. Be more productive –  Untuk tunggu dan lihat, act kau perlu lebih productive” kenal ramai manusia, meet ramai manusia, go to many classes, kuliah and bengkel yang kau rasa dpat improve diri kau; then , mana tau time tgah kau being productive tuh kau jumpa kau punya jodoh kan kan kannn

  3. Improve yourself – ingat nak build family tuh macam bina istana pasir? , fine aku sentap sendiri”  makanya untuk build ‘baitul muslim” bukan lah dgan hnya cukup syarat pastu kau kahwen tanpa try tambah apape nilai murni dan ilmu dalam diri kau”,,practice makes perfect’ makanya kalau rasa macam ada benda yang lack and perlu dibaiki, i.e : your solat, your akhlak, your everything maybe then go perbaiki secepat yang mungkin. Moga Allah redha.

  4. Appreciate every people yang wujud dalam hidup kau – this thing boleh buat kau ada ramai supporters and haters act, sebab every manusia perlukan many other manusia yang boleh  buat jalan cerita dia more complicated yet so much perfect ! sebab kita akan learn bnyak bnda dari setiap mnusia yang singgah dalam hidup kita dan kita akan lebih terinspirasi.

  5. Doa selalu dan sebanyaknya – this is last. Doa ni sangat lah penting in everything yang kau buat dalam hidup kau” keep praying untuk something yang good untuk diri sendiri bukannya selfish pun” Makanya keep praying kay !

Okay i am done. Please la usha video “Aida Azlin” tu dekat  fb sebab ianya sangatlahhhhh nice 🙂

Stay healthy kalian, and please la be more productive !

Bye and muah.

cout<<“senyum”<<endl;

 

 

 

Milik Dia

Walau gengaman nya kuat,
tapi bukan milik kita,
akan terlepas jua”
Kadang, bila kita terlampau sayang kepada manusia disekeliling kita, kita lupa satu perkara yang mereka bukanlah milik kita.
Tapi milik Dia, Sang Pencipta yang Maha Esa.
Atas asbab itu, hargailah mereka selagi mereka masih didepan mata.
Hargai ibu ayah kita, sayangi keluarga kita, raikan sahabat2 dan manusia2 di sekeliling kita.
Takde siapa yang dilahirkan sempurna melainkan Allah ciptakan setiap manusia untuk berkenalan plus lengkapkan each other punya jalan cerita.
4625.jpg
Molek cerita, walau apapun yang kita ada kat dunia nih, letaklah ia hanya dalam genggaman tangan, supaya ia mudah dilepaskan since kita tahu yang ianya bukanlah milik kita, tetapi milik Dia yang maha Esa.
Dan letaklah akhirat di dalam genggaman  jiwa (hati) supaya kita tahu bahawa Allah itu kekal buat kita selamanya dan rahmatNya tidak terhitung buat setiap hambaNya.
Ketahuilah bahawa setiap nikmat yang kita ada pada hari ini,
kecantikan , kejayaan, kepandaian, kesempurnaan dan sebagainya hnyalah pinjaman dari Allah
Sungguh, kalau kita syukur dengan segala nikmat yang kita ada,
Allah pasti akan tambah nikmat tuh,
Dan janganlah kita kufur nikmat, kerana apa?
Kerana sungguh azab Allah itu amatlah pedih .
WaAllahua’lam.
+ senyum
+ Moga Allah redha

Pagi

Pagi.

Setiap hari akan ada waktu pagi. Tapi pagi tuh aku bahagia sikit, sebab ada field trip course. Dan on the way sebelum naik bas,  aku kumpul dengan budak kelas aku dekat Dataran Mawar. Kitorang gelak, borak, ada yang sebok tepek makeup sebab kabut kumpul nak naik bas. Pagi tuh macam pagi yang selalu. Tak terlalu busy bagi aku dan tak terlalu selesa.

Naik bas.

Settle, habeskan masa kumpulkan budak course and breakfast sesama. Kitorang naik bas. Act aku dah decide partner bas sebelum naik bas, tapi bila masuk bas, aku duduk seat single – yes, i am an introvert, but not 24 hours.

Radio.

Selalu, kalau on the way pergi kuliah, aku jarang fokus dengar radio dalam bas. Tapi pagi tuh mungkin sebab aku duduk seat depan. Makanya speaker radio tuh macam dekat sangat dengan aku.

Berita.

Dah namanya waktu pagi kan, so mestilah radio tuh keluarkan berita.

“Trump isytihar Baitul Maqdis sebagai ibu kota Israel” – suara penyampai radio.

Lama, aku cuba digest apa yang aku dengar. Kawan-kawan aku masih bising kat belakang. Dan lama, aku cuba untuk fikir betul atau tak apa yang aku baru dengar. Dan one of budak kelas aku bersuara..

Serius ahhh wehh” Baitul Maqdis ibu kota Israel?

Aku diam. Mata aku bergenang. Rasa macam nak tampar diri sendiri sebab aku masih selesa mendengar berita tuh. Masih duduk dalam bas yang ber ‘aircond’ dan selepas berita tuh dibaca oleh penyampai radio, masih ada lagu-lagu cinta yang berkumandang dalam bas.

Selesa.

Apa selesa itu memang layak untuk aku rasa di dunia nih?

Apa selesa yang aku rasa pagi tuhh adalah satu tamparan ujian buat aku?

Apa aku terlampau selesa sampai aku jadi mnusia yang sia-sia?

Berita yang aku dengar mungkin tak panjang dengan sejuta penerangan, Tapi cukup dengan satu ayat , buat aku rasa tertampar dan menampar diri sendiri.

Balik dari course trip, aku bukak email.

inbox message dari Tarbiah sentap, it is a clear message.

aiedanurul,

  1. Hari ini kita digemparkan dengan keputusan Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump yang mengisytiharkan bahawa beliau akan memindahkan kedutaan AS di negara haram Israel dari Tel Aviv ke Baitulmaqdis.
  2. Pengumuman ini sekaligus mengisytiharkan bahawa Baitulmaqdis, iaitu tempat suci umat Islam yang ketiga, adalah ibu negara kepada negara haram Israel, juga sekaligus menafikan hak rakyat Palestin di tanah airnya yang berdaulat, juga hak dan maruah umat Islam seluruhnya.
  3. Tindakan ini menimbulkan reaksi tegang dan respon dari kebanyakkan negara, khususnya negara Islam seperti Turki, Malaysia, Jordan, dan lain-lain.
  4. Pengisytiharan ini merupakan salah satu usaha Trump mengemukakan janji pilihanraya yang dibuat beliau kepada pelobi-pelobi Yahudi. Kushner, suami Ivanka Trump, memainkan peranan penting dalam pengiktirafan ini, pada usianya yang baru 36 tahun. Walaupun sebenarnya idea menjadikan Baitulmaqdis sebagai ibu kota negara haram Israel telah dicanangkan seawal tahun 1995 selepas Kongres AS meluluskan Jerusalem Embassy Act yang menyuruh kerajaan AS memindahkan kedutaan AS dari Tel Aviv ke Baitulmaqdis.
  5. Pada saat ini juga, jika dilihat dari segi geopolitik antarabangsa, dunia Islam begitu tersepit dan terhimpit dengan asakan sekeliling yang menggila. Syria hancur, Baghdad sudah lama jatuh ke tangan Syiah, umat Islam Sunni di Mosul diburu untuk dibunuh, Mesir pula dengan krisis ekonomi serta ketegangan dalaman, Saudi pula kelam kabut dengan krisis dalaman serta perang di Yemen, bahkan siap membuat pakatan antara Arab Saudi, Mesir, Bahrain, UAE untuk memboikot negara Islam lain iaitu Qatar, dan banyak lagi.

China pula bangkit dengan kuasa baru dari Timur, sementara blok Barat pula diketuai Amerika terus menerus membantai umat Islam di Timur Tengah dengan pelbagai polisi dan serangan yang rakus.

  1. Di saat ini juga, jika dilihat dari segi dalaman Malaysia yang majoriti Islam, umat Islam turut dihimpit dengan pelbagai masalah yang datang dari variasi sudut.

Dari segi politiknya, umat Islam berpecah belah. Dari segi ekonomi, pemilikkan ekonomi orang Islam yang sangat rendah, dari segi sosial pula, masalah yang seaakan tidak pernah terhenti. Anak luar nikah, berzina, kisah artis yang entah apa-apa, lagu merapu dan banyak lagi.

KENAPA KITA SIBUK PERTAHANKAN BAITUL MAQDIS?

  1. Kita sudah sedia maklum, bahawa Baitulmaqdis adalah tempat sakral atau suci ketiga umat Islam, selepas Makkah dan Madinah. Di situ jugalah tempat Rasulullah sallahu alayhi wasallam melalui proses isra’ dan mikraj, di situ juga baginda menjadi Imam kepada para Nabi pada malam tersebut, dan di situ juga banyak fadhilat solat di masjid al Quds.
  2. Di situ juga merupakan kiblat pertama umat Islam dalam sejarah solat.
  3. Kalau kita lihat dari sejarah dunia, dapat kita simpulkan bahawa sesiapa yang menguasai Baitulmaqdis, dia akan menguasai dunia. Antara hujahnya, jika dilihat dalam rentetan sejarah, Baitulmaqdis dibuka seawal peperangan antara Nabi Daud a.s bersama Talut melawan Raja Jalut. Kisah agung ini dirakamkan dalam surah al-Baqarah. Dan akhirnya kemenangan milik Nabi Daud dan Talut, dan itulah pembukaan pertama Baitulmaqdis.

Selepas penawanan itu, kita tahu, keturunan Nabi Daud dan Talut menguasai dunia, yang mana lahirlah Nabi Sulaiman a.s yang memerintah manusia, jin dan haiwan. Selepas tempoh masa berlalu, Rom pula menawan Baitulmaqdis, lalu Rom yang menguasai dunia sehingga zaman kelahiran Rasulullah.

Kemudian Baitulmaqdis kali kedua dibuka oleh Saidina Umar, tidak lama kemudian, Islam pula menguasai 2/3 dunia. Namun peristiwa selepas itu, berlaku pula penawanan baitulmaqdis oleh tentera Salib pada tahun 1099, namun pembukaan ketiga baitulmaqdis berjaya dibuat oleh Sultan Salahuddin al Ayyubi pada tahun 1187.

Dan hari ini, Israel berjaya menawan baitulmaqdis (sebenarnya seawal tahun 1917 di bawah proksi empayar British), maka Israel berusaha untuk menguasai dunia.

APA YANG BOLEH KITA LAKUKAN?

  1. Ada orang kata,
    “Tak perlu buat apa-apa. Sebab Allah akan lindungi sendiri baitulmaqdis..”

Sesiapa yang berfikir begini, adalah fikiran yang sempit dan kolot. Bahkan, pemikiran macam inilah, menyebabkan Allah menjadikan umat Islam tercela dan terhina. Dalam sejarah Islam, Baitulmaqdis pernah ditawan musuh, kerana kelemahan, perpecahan umat Islam sendiri. Bahkan kerana fikiran sebegini !

  1. Apa yang kita boleh sumbangkan dari segi individu? Nak pergi perang? Nak bangun subuh berjemaah pun tak mampu.
  2. Antara sumbangan yang kita boleh buat,

(a). Menjaga amal fardhu kita, terutama solat subuh berjemaah.

(b) Nyatakan solidariti kita untuk Palestin, tidak kisah sama ada di media sosial ataupun alam realiti.

(c) Lakukan dan teruskan boikot produk yang KITA MAMPU. Paling basic sekali, McDonald dan Starbuck. Ada orang kata,

“Kenapa tak boikot je Facebook, instagram, whatapps, semua. Tu kan Yahudi”

Kan saya sebut, yang KITA MAMPU. Kalau mampu nak boikot semua itu, DIPERSILAKAN. Moga Allah kurniakan Syurga. Yang penting USAHA KITA.

(d) Berikan sumbangan dari segi kewangan, atau tenaga kepada badan-badan yang berkhidmat untuk Palestin, seperti Aman Palestin, Aqsa Syarif, dan sebagainya.

Dan banyak lagi sumbangan yang kita boleh lakukan. Termasuklah share status ini.

Tinggal nak atau tidak saja. Moga usaha kita yang kecil ini, Allah pandang dan Allah kurniakan pahala jihad dan menjadi asbab untuk kita ke Syurga.

  1. Akhir sekali, saya tutup dengan kata-kata mahsyur daripada Sultan Salahuddin al Ayyubi,

قال القائد العظيم صلاح الدين الأيوبي: (كيف أبتسم والأقصى أسير والله إني لأستحي من الله أن أبتسم وإخواني هناك يعذبون ويقتلون)

“Bagaimana mungkin aku tersenyum sedangkan al-Aqsa sedang ditawan. Sesungguhnya demi Allah aku malu terhadap Allah untuk tersenyum sedangkan saudaraku sedang diseksa dan dibunuh.”

(Kitab al-Nawadir al-Sultaniah karangan Abu al-Muhasin Bahauddin 632H)

Wallahu’alam.

Tarbiah Sentap
7 Disember 2017.

#TheJerusalemPalestinianCapital
#TarbiahSentap

Allahu. Allah know best.

May all of us become a better muslim.

And semoga  kita semua masih kuat  memegang dan mmpertahankan panji Allah walau musuh datang dari setiap penjuru.

Berdoalah wahai umat islam, kerana doa senjata bagi orang mukmin !

Dan bertindaklah kalian sebagai seorang muslim”

Umat Islam sentiasa boleh, we can do more, we can do better bacause Allah maa’na !

Making mistakes are awesome !

do-not-be-afraid-of-making-mistake

Hai kalian, Assalamualaikum.

So, harini aku nak share kenapa (tajuk diatas) menjadi tajuk pilihan aku pada entry kali ini.

Sebab harini aku ada buat reflection ke atas diri aku time aku dok lepak (aka baca notes untuk test biologi)

Reflection apa?

Reflection keatas setiap kesilapan dan kecuaian yang aku pernah buat sepanjang aku belajar kat uni ni haaa.

Dan bila aku buat reflection ke atas listing kesalahan dan kecuaian tu, aku sedar satu perkara :

“Making mistakes ni awesome apaa,,sebab risiko yang kau tanggung dari kesalahan kau tu sebenarnya macam satu pengalaman dan ilmu yang takde pun dalam mana2 subjek, even notes bio aku tu ada lebih dari 100 slides” – Eh?

Dan aku buang notes biologi tuh – ceh takdelah, aku baca je.

Benda yang aku nak highlight kat sini, bila kau ada buat kesalahan dalam hidup kau’

Kau perlu belajar dari kesalahan tuh, learn from it, dan jangan ulang balik. Tapi refleks dan muhasabah.

Incase terulang, its okay.

At least kau pernah ada pengalaman dari kes tuh dan kau dah ada solusi yang lebih kheir dari sebelumnya.

Dan inilah yang dinamakan pembelajaran dalam kehidupan.

Dan dengan proses inilah kita semua membesar.

Contoh kesalahan dan kesilapan yang aku pernah buat kat uni ni adalah aku suka tinggal barang merata-rata smpai benda tu jadi habit yang pasti buat seorang ‘aku’ untuk lakukan.

My very first case, adalah case tertinggal phone dekat dalam bas uni time otw ke latihan koko. Tapi aku perasan yang phone tu takde time otw balik ke bilik.

Gelabah? – gelabah yang level undefined punya gelabah, tapi muka aku stay tenang.- cewah

Balik tu, aku balik jugak naik bas , tapi bukan bas yang sama dan aku report perkara tu kat pakcik bas . Alhamdulillah pakcik bas layan aku walau time tuh dah macam last trip dah untuk dia. Dia call orang yang urus bas uni aku tuk check setiap bas yang beroperasi tuk malam tu.

I am so touched pakcik. You are my saviour – i cried with smile guys.

Dan conversation aku ngan pakcik tu berakhir dengan ucapan:

“Terima kaseh pakcik” kata aku dengan penuh sopan.

” Sama sama makcik” balas pakcik bas dengan muka hensem – ngeh.

Dan esok pagi , I got my phone back ! Hahaha hebat kannn!

Hilang phone kat uni, dalam bas pulak tuh dan aku boleh dapat balik phone tuh !

*applause*

(what a great story)

Dan second case aku pun hilang phone jugak, tapi ni bukan dalam bas.

Ni aku taktahu phone tuh aku letak mana” habes satu classmate aku buat investigation berkaitan waktu last diorang nmpak aku pegang phone.

Dan ianya sangat membantu bila one of my beloved classmate bagitau yang :

“Aida, semalam sebelum kau gerak HCA  aku nampak kau ada pegang phone”

snap*

Aku dah tahu dah kat mana phone aku tertinggal.

DEKAT ATAS SOFA HCA YANG EMPUK LAGI MEWAH TUH. 

Dan aku berdoa sepanjang malam agar phone tu diambil oleh mana2 manusia yang wujud dalam HCA tu dan disimpan dengan selamat.

Keesokkan harinya, aku pergi HCA dan dengan bahagianya aku dapat phone aku balik.

Again applause, aku sangatlah careless” – laugh

Huh, nampak tak. Aku buat dua mistake tapi mistake yang sama.

Dan aku belajar dari kesilapan tu dengan sentiasa simpan phone dalam beg, instead pegang 24 jam walhal takde data dan kredit pun – sigh.

Ehm making mistakes la menjadikan kita seorang manusia.

Manusia yang kreatif dan berfikiran kritikal.

Tapi ingat, kalau kau sentiasa repeat mistakes yang sama,

kau boleh dikategorikan sebagai golongan yang bodoh.

Tapi kalau kau belajar dari kesilapan tuh dengan niat untuk menjadi manusia yang lebih  lebih dan lebih baik, kau adalah manusia yang sangat genius !

So, lets jadi manusia yang cukup berani untuk buat mistakes”

Dengan menjadi manusia yang cukup genius untuk belajar dari mistakes tuh.

Making mistakes are awesome – smile.

 

 

 

Kita masih di sini ; dunia

“Assalamualaikum”

tangannya mengetuk pintu perlahan.

“Assalamualaikummmm”

“Assalamualaikummmmmmm”

Akhbar memandang pintu bilik dengan tenang walau jiwanya dah menjerit sekuat hati memberi salam kepada manusia yang berada di dalam bilik 1A02.

Akhbar beristighfar.

“Wahai Norman, jejaka idaman universe, bukak pintu woiii.. aku tak bawak kunci bilik ni” kata Akhbar dengan nada sarkastik sambil tangannya menggendang pintu bilik.

Norman yang berada di dalam bilik bangun dari gelanggang lenanya menuju ke pintu bilik. Dengan kasar dia membuka daun pintu.

” Kau memang tak reti kann nak bawak kunci bilik?” gumam Norman sambil menuju ke ruang lenanya semula.

Akhbar tersenyum. Dilihatnya Norman yang berserabut tuh dengan rasa kasih seorang sahabat. Ingatkan dia yang akan mengamuk, tapi melihat kesedihan yang terzahir dari muka Norman, nafsu amarahnya hilang sekelip mata .

Langkahnya menuju ke arah rakan sebiliknya yang sudah pun mendarat cantik diruang lena.

“Kau apahal brothaaaa? Ada nak share apape ngan aku tak?” soal Akhbar sambil tangannya mengurut kepala sahabat baiknya merangkap teman sebilik yang sudah melebihi dua tahun.

Norman mengeluh, mata yang tadinya dipejam dibuka perlahan. Dia melihat wajah Akhbar yang hensem, tenang di sisinya.

“Kalau kau ni perempuan kan Bar, dah lama aku masuk minang buat bini” kata Norman sambil memegang tangan Akhbar yang mengurut kepalanya.

Akhbar menyeringai. Tangannya ditarik kasar.

“Brother, enta sudah gila?” soal Akhbar dengan muka ngeri. Norman memandang Akhbar tajam.

“Ya , gilakan kasih sayang enta” balas Norman dengan muka serius.

“Nak penampar ke Man”

“Nak kiss la Bar”

“Aku tampar kau betul- betul kang” Akhbar memandang sahabatnya itu dengan muka seribu kali ganda serius.

“Bar,,,Hahahahahahahahahhaha” Norman gelak terbahak-bahak melihat muka serius sahabatnya itu.

“Serius Bar, aku mintak maaf..kau jangan serius sangat” kata Norman sambil mengesat airmata yang mengalir dari matanya akibat gelak yang melampau.

Akhbar yang hampir sakit jiwa melayan keletah Norman, beristighfar berkali-kali.

“Kau buat lagi Man, next semester aku tukar bilik” amaran Akhbar dengan nada serius.

Norman mengangguk laju sambil menghabiskan sisa tawanya.

Akhbar bangun dari ruang lena Norman menuju ke meja belajarnya.

Bilik yang kecil itu sunyi buat beberapa minit sebelum Norman bersuara.

“Akhbar, aku kan harini ada banyak gila masalah” Norman mengadu sambil melipat selimut yang digunakan hampir sehari suntuk untuk berselubung bersama kesedihannya. Nadanya perlahan dan teragak- agak.

Akhbar yang mendengar,memalingkan wajahnya memandang Norman.

“Masalah apakah?”tanya Akhbar yang sudahpun membuka laptopnya untuk menyiapkan assignment yang berbaki.

“Harini kannn wehh kertas kerja aku untuk next program Ikhwan tu kena reject, boleh pulak lepastuh on the way aku balik sini aku jatuh tangga dan paling sedih aku jatuh tersembam weh sampai koyak la seluar dengan baju aku” kata Norman sambil mengeluh.

“Entahlah weh, mungkin sebab aku sedih sangat kertas kerja tuh di reject  sampai aku boleh jatuh tangga time nak balik” sambung Norman lagi.

Akhbar tersenyum. Dia faham akan sahabatnya Norman yang luarannya nampak sangat gagah tapi ada masanya dia sangat memerlukan kata-kata semangat dari sahabat yang lain. Apatah lagi, kertas kerja program Ikhwan itu adalah kertas kerja yang paling kritikal untuk Norman siapkan, memandangkan program Ikhwan adalah satu program besar yang diadakan oleh Kolej Perwira pada setiap semester.

Akhbar bangun dari tempat belajarnya menuju ke arah Norman. Tangannya menyentuh bahu Norman dengan senyuman yang  ber ‘energy‘.

“Kita kat dunia kan Norman, bukan dekat syurga. Kena belajar bersahabat dengan ujian okay ”

“Kertas kerja tuh nanti kau buat balik elok-elok pastu bagi aku check dulu, since aku lagi pro dari kau sebenarnya”

kata Akhbar dengan tawa kecil.

Norman ketawa mendengar pengakuan sahabatnya itu, sahabat luar biasa yang sentiasa ada bersama dia.

Terima kaseh Akhbar, sebab ingatkan aku yang dunia nih tempat manusia diuji, dan syurga tempat yang mempunyai sejuta nikmat abadi.

“Kahwin dengan aku Bar” balas Norman dengan senyuman.

“Dasar Majnun”balas Akhbar dengan muka jijik.

 

– The end | wrdahwrite | senyum.

 

 

 

 

 

 

Dosa berkali kali? ; Taubat berkali kali ;

Rutin harian aku sejak jadi pelajar uni, ialah membuka inbox email hampir setiap hari ”

Dalam dua hari mesti sekali aku check, dan kadang2 ada je lecturer  yang memang kalau nak reach dia kena send email” (even message tuh untuk bagitau yang kau lambat sikit datang kelas harini) – sigh

Tapi harini aku scroll bawah sikit inbox email aku, dan email dari tarbiah sentap laaa yang agak lama aku biarkan dia tidak terbaca” (Astaghfirullah)

Since aku memang sangat takde benda faedah yang boleh dibuat time tuh, mesej tuh aku buka”

Ramai orang tertanya-tanya,

“Kalau buat dosa berkali-kali, apa nak buat?”

Sebenarnya, memang setiap manusia akan ada tendency (kecenderungan) untuk ULANG-ULANG dosa semula. Sebab kita ini bukan malaikat. Walaupun ada dosa yang kita berjaya tinggalkan, tetapi ada juga dosa lain yang kita SANGAT SUSAH nak tinggalkan.

Jadi kalau susah nak tinggalkan, apa nak buat?

Saya dah hurai dalam video ini secara ringkas insyaAllah. Asasnya adalah ;

SEPERTI MANA KITA MENGULANGI DOSA,
SEPERTI ITU JUGA KITA WAJIB MENGULANGI TAUBAT!
BAHKAN MESTI ULANG LEBIH BANYAK!

Ulang taubat lagi dan lagi.
Sampai bila?

Sampailah moga-moga kita mati dalam keadaan sedang bertaubat,
bukan mati dalam keadaan bermaksiat.

https://www.youtube.com/watch?v=BKoyeQIDcPY&ab_channel=TarbiahSentap

Ikhlas,
Tim Tarbiah Sentap

nah ni video dia, bolej je tekan kat link tu kalau nak (senyum)